-assalamualaikum-

KASUT FUTSAL
perlu bagi seorang wanita 'mencintai' apa yang lelaki gemari.
jika teman lelaki suka bermain futsal berjenama boleh menjadi
hadiah paling sesuai!! ia juga membuktikan anda memberi sokongan
moral terhadap hobinya itu..
KEJUTAN MAJLIS HARI LAHIR
aturkan majlis hari jadi kejutan atau surprise party buat si dia.
himpunkan teman-teman rapatnya yang boleh memberikan kejutan terbesar
dalam hidup. siapa sangka, kejutan itu menambahkan lagi kemesraan anda berdua.
BUKU AGAMA & MOTIVASI
buku agama juga antara hadiah yang sungguh bermakna. mungkin masih ada perkara
yang tidak diketahui ataupun keliru. sekurang-kurangnya kamu telah membantu si dia.
mungkin juga ada masanya dalam hidup, buku motivasi yang kamu hadiahkan sedikit sebanyak
mampu membantunya.
JERSI BOLA SEPAK
jika teman lelaki fanatik bola sepak, pancing hati si dia dengan hadiah jersi bola sepak
kelab pujaannya. lebih bermakna andai jersi yang anda hadiahkan sedikit sebanyak mampu membatunya.
SEJADAH & BUKU-BUKU AGAMA
selain al-quran sebagai panduan, kamu boleh juga menghadiahkan sehelai sejadah.
hadiah ini simbolik mengingatkan kamu dan dia supaya seimbang hal dunia dan
akhirat.
MONITOR LCD KERETA
buat sedikit kejutan dengan menghadiahkan gajet berupa dengan menghadiahkan
monitor LCD kereta. bukan untuk dirinya saja, anda juga boleh menikmati hiburan
dalam kereta bersama..
TELEFON iPHONE
ikuti trend semasa, tidak salah untung menghadiahkan telefon berteknologi
seperti iPHONE buat jejaka istimewa. andai si dia tidak lokek membelikan
anda barangan mewah, apa kata balas budinya dengan telefon pintar ini.
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Melawat Disini ^_^ Your Comment I will Reply..