Hye semua Salam Nuzul Al-Quran.. =) tak sangka dah masuk Ramadhan yang ke-17 kn.... lagi berapa minggu je lah kita bakal menyambut Syawal... huhu.... memang x sabar tapi?? sedih lah nk tinggal Ramadhan.... bkn pe.. setahun sekali je de... hmmmmmm ;'(
Orait bercerita tentang Nuzul Al-Quran... Tau tak kenapa kita adanya Nuzul Al-Quran?? saper leh jawab?? hehehehe saya semua tahu kan... alhamdulillah... =)
Nuzul Al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), dan “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3).
Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.
So al-quran ni bukan turun begitu sahaja tau... dia ada peringkat-peringkat masa nak diturunkan.
Antara peringkatnya iaitu :
1. Pertama, Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
2. Kedua, Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
3. Ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.
Dan banyak lagi pasal nuzul al-quran.. so kalau nak lebih details lagi boleh lah search dari google cari pasal nuzul al-quran ni ok... so malam ni slps solat maghrib jangan lupa baca al-quran tau.. huhu..
satu ayat kita baca... berlipat ganda pahala kita dapat... Sampai sini je lah... moga renungan bersama selamat beramal. Xoxo Muahhh.. =)
Wassalam
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Melawat Disini ^_^ Your Comment I will Reply..