Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari
daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak,
keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang
mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah
rendah berselubung duka.
Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa
orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai
bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi
belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap.
Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di
situ.
Matlamat yang disalahertikan
Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, dan saya percaya
di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurang-kurangnya,
Dean list". Saya juga pernah meletakkan targetsedemikian.
Timbulnya pendapat seperti di atas membuat aku sedikit lega.
Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, aku belajar kerana Allah. Namun
aku tertanya-tanya, salahkah belajar keranaDean list? Tidak bolehkah kita
belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapatDean list?
Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana
ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana
Allah?
Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana
Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan
syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.
Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka
yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat
yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada
syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa
kita yakin dengan Allah?
Percaya dengan sunnatullah?
Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list
adalah salah? Tidak kerana Allah?
Matlamat dan usaha
Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan
keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, "Mesti aku
belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya. Semester
seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah.
Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas". Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak
apa yang berubah.
Dimana silapnya?
Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma
muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang
silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan
kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas.
Tapi, cukupkah?
Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita
tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha
kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.
Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih
juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang
Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang
bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Kesimpulan
Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri
menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma,
kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda
yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah
umat yang Allah muliakan kerana Islam.
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Melawat Disini ^_^ Your Comment I will Reply..